Pages

Subscribe:

Monday, May 7, 2012

Papan Notis Lestari

selamat pagi dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. 

hari ini setelah melalui hari-hari yang sibuk dengan pelbagai aktiviti di Institut bersempena dengan sambutan Lestari. akhirnya, blog ini dikemas kini dengan entri yang baharu. salah satu aktiviti yang diadakan oleh pihak institut ialah Pertandingan Papan Notis Lestari. bagi menunjukkan sokongan kami kepada  program Lestari, kami telah menghias papan notis yang terdapat di kelas kami.


WELCOME TO OUR PATCH : LEBAR DAUN

Jika anda perhatikan origami yang dihasilkan dalam gambar tersebut, anda pasti tertanya-tanya apakah origami tersebut. ianya merupakan origami sekuntum bunga yang dihasilkan oleh salah seorang guru pelatih di IP Tawau, iaitu Cikgu Nur Fitrah.

menggunakan BBM yang pernah dihasilkan sebagai satu perhiasan. REUSE? 

Cikgu Marimay dan Cikgu Olivia Athina sibuk menghias papan notis menggunakan keratan majalah. kurangkan kos dengan mengguna semula. Anda bagaimana?

pembikinan papan notis Lestari.


motto Lestari kelas kami, "Lestari Pada Hati, Lestari Pada Diri". jika anda perasan, apa yang kami paparkan dalam papan notis board tersebut merupakan replika 'televisyen'.

cermin yang dihias...

Cikgu Asmaliza dan Cikgu Denensse memulakan proses menghias menggunakan BBM yang pernah digunakan dahulu bagi memenuhkan ruang papan notis.



Cikgu Shima sibuk menggunting.


papan notis kami yang hampir siap....


TAADAAA... hasil kerjasama rakan sekelas... :-D

ucapan terima kasih penulis ingin ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam melaksanakan program Lestari ini terutamanya buat penganjur program, rakan-rakan guru pelatih dan pensyarah yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program IPG Lestari terlaksana. buat pengetahuan semua pembaca, syukur alhamdullilah kelas kami, Opsyen Pemulihan Januari 2011 telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Papan Notis Lestari. selain itu, penyertaan lain pula adalah seperti E-race dan Blog Lestari (blog ini). Syukur yang tidak terhingga kerana kami mengondol tiga tempat pertama dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan dalam usaha kami ini. 

Sekian,
Salam Lestari.


2 comments: