Pages

Subscribe:

Wednesday, March 7, 2012

Program Ceramah Lestari

Salam lestari dan salam 1 Malaysia.
Satu program ceramah daripada wakil WWF (World Wild Federation) telah diadakan pada 6 Mac 2012 iaitu pada hari Selasa.





Timbalan Pengarah IPG Tawau, Dr. Haji Mohamad Johan Bin Zakaria turut serta dalam program ceramah mengenai "Lestari" ini.



wakil daripada WWF memberi serba sedikit penerangan mengenai lestari di sekolah dan lestari di IPG. terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan kelestarian di institusi pendidikan seperti di sekolah dan juga IPG.

Timbalan Pengarah IPG Tawau memberi ucapan sebagai penutupan program ceramah "Lestari".


wakil daripada WWF menerima cenderamata daripada pihak IPG Tawau.

Program ceramah ini merupakan salah satu langkah awal untuk memberi kefahaman kepada semua guru pelatih mengenai "Lestari". Jika orang di luar negara beriya-iya dan menjalankan pelbagai usaha bagi menjaga alam sekitar, kenapa tidak di negara kita yang kaya dengan khazanah alam yang membuatkan pelancong luar negara kagum dengan kehijauan alam?

Marilah kita bersama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam salah satu usaha WWF ini.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.


No comments:

Post a Comment