Pages

Subscribe:

Wednesday, May 9, 2012

Environment Education Race

Pada minggu Lestari yang lalu, satu pertandingan iaitu EE-race telah dianjurkan oleh kelas PISMP Sains 2011 dengan jayanya. Kelas PISMP Pemulihan 2011 telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli yang mengikuti pertandingan ini dengan sukarela. Ahli pasukan PISMP Pemulihan 2011 terdiri daripada Ackley Winnier, Ku Mazuan, Mohd Zakiran, Nicholas dan Yong Teck Jing. Pertandingan dimulakan dengan penuh semangat dan bertenaga. Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, kepada pemilik kamera dan kepada jurugambar kerana telah membenarkan kami menggunakan gambar mereka.

Terdapat cabaran dalam pelbagai bentuk yang menguji pelbagai aspek di setiap stesen. Pihak penganjur telah menyediakan 7 stesen dengan cabaran yang berbeza di setiap stesen. 

Kumpulan PISMP Bahasa Melayu sedang meneka perkataan yang digayakan dalam cabaran  meneka perkataan
PISMP Pemulihan 2011 di stesen yang terakhir iaitu stesen Telefon Rosak
Yong Teck Jing sedang menulis mesej yang disampaikan melalui "Telefon Rosak"
Pihak penganjur memeriksa barang-barang yang diberikan daripada setiap stesen
PISMP Pemulihan merupakan kumpulan pertama yang menghabiskan pertandingan dan berjaya mendapat 10 markah bonus
Tidak ada dalam gambar; Ku Mazuan (sakit)
Kami sangat berterima kasih kepada pihak penganjur dan berharap agar pertandingan ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Buat pengetahuan, PISMP Pemulihan telah menjadi Johan dalam pertandingan EE-race ini.

No comments:

Post a Comment