Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini.
Hari ini 25 April 2012 (Rabu), salah satu opsyen di IPG Kampus Tawau iaitu PISMP Pengajian Sosial Januari 2011 telah melancarkan satu Kempen dan Pameran Amalan Education For International Understanding Edu. Bagi menunjukkan sokongan padu kami ke arah IPG Lestari, kami (PISMP Pemulihan Januari 2011) telah berkunjung ke pameran ini.
Ini adalah poster kempen yang disediakan oleh guru pelatih dari opsyen PISMP Pengajian Sosial Januari 2011.
Berikut merupakan wajah-wajah guru pelatih sepanjang kempen ini.
|
Pihak penganjur memakai bow-tie yang diperbuat daripada surat khabar. Sungguh kreatif! |
|
Wajah-wajah ceria guru-guru pelatih sepanjang kempen. |
|
Paparan-paparan maklumat yang berinfomasi turut dipamerkan.
|
|
Punca pencemaran udara.
|
antara wakil kelas dari Opsyen PISMP Pemulihan, Mohd Zakiran yang menandatangani Kad 'Keep Green'.
|
inilah Nicholas Amid jurugambar rasmi blog 'Lestari' ini. Turut menandatangani kad 'Keep Green'. |
|
Infomasi yang dipaparkan amat menarik perhatian pengunjung ke kempen ini. |
|
turut memberikan sokongan dalam kempen ini, Amirah dan Denensse. |
|
serba sedikit penerangan yang diberikan oleh pihak penganjur mengenai 'Lestari'. |
|
tidak lupa juga untuk menandatangani Kad 'Go Green' |
Kami juga mengambil peluang dan kesempatan tersebut untuk turut menyertai aktiviti yang dijalankan. Apakah yang kami cuba reka daripada bahan terbuang tersebut?
|
Antara gelagat-gelagat ahli kelas PISMP Pemulihan Januari 2011. |
|
Nampaknya, para guru pelatih khusyuk dalam mereka kraftangan ini. |
Berikut merupakan kraf tangan yang kami reka menggunakan bahan terbuang.
|
Comel kan? Apa kata anda? Ayuh kita praktikkan 'Reuse' dalam Lestari!
|
Tunjukkan sokongan anda juga! Salam lestari kepada semua pembaca blog ini. Jangan lupa singgah lagi untuk entry yang akan datang.
No comments:
Post a Comment