Pages

Subscribe:

Wednesday, May 9, 2012

Environment Education Race

Pada minggu Lestari yang lalu, satu pertandingan iaitu EE-race telah dianjurkan oleh kelas PISMP Sains 2011 dengan jayanya. Kelas PISMP Pemulihan 2011 telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli yang mengikuti pertandingan ini dengan sukarela. Ahli pasukan PISMP Pemulihan 2011 terdiri daripada Ackley Winnier, Ku Mazuan, Mohd Zakiran, Nicholas dan Yong Teck Jing. Pertandingan dimulakan dengan penuh semangat dan bertenaga. Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, kepada pemilik kamera dan kepada jurugambar kerana telah membenarkan kami menggunakan gambar mereka.

Terdapat cabaran dalam pelbagai bentuk yang menguji pelbagai aspek di setiap stesen. Pihak penganjur telah menyediakan 7 stesen dengan cabaran yang berbeza di setiap stesen. 

Kumpulan PISMP Bahasa Melayu sedang meneka perkataan yang digayakan dalam cabaran  meneka perkataan
PISMP Pemulihan 2011 di stesen yang terakhir iaitu stesen Telefon Rosak
Yong Teck Jing sedang menulis mesej yang disampaikan melalui "Telefon Rosak"
Pihak penganjur memeriksa barang-barang yang diberikan daripada setiap stesen
PISMP Pemulihan merupakan kumpulan pertama yang menghabiskan pertandingan dan berjaya mendapat 10 markah bonus
Tidak ada dalam gambar; Ku Mazuan (sakit)
Kami sangat berterima kasih kepada pihak penganjur dan berharap agar pertandingan ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Buat pengetahuan, PISMP Pemulihan telah menjadi Johan dalam pertandingan EE-race ini.

Monday, May 7, 2012

Papan Notis Lestari

selamat pagi dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. 

hari ini setelah melalui hari-hari yang sibuk dengan pelbagai aktiviti di Institut bersempena dengan sambutan Lestari. akhirnya, blog ini dikemas kini dengan entri yang baharu. salah satu aktiviti yang diadakan oleh pihak institut ialah Pertandingan Papan Notis Lestari. bagi menunjukkan sokongan kami kepada  program Lestari, kami telah menghias papan notis yang terdapat di kelas kami.


WELCOME TO OUR PATCH : LEBAR DAUN

Jika anda perhatikan origami yang dihasilkan dalam gambar tersebut, anda pasti tertanya-tanya apakah origami tersebut. ianya merupakan origami sekuntum bunga yang dihasilkan oleh salah seorang guru pelatih di IP Tawau, iaitu Cikgu Nur Fitrah.

menggunakan BBM yang pernah dihasilkan sebagai satu perhiasan. REUSE? 

Cikgu Marimay dan Cikgu Olivia Athina sibuk menghias papan notis menggunakan keratan majalah. kurangkan kos dengan mengguna semula. Anda bagaimana?

pembikinan papan notis Lestari.


motto Lestari kelas kami, "Lestari Pada Hati, Lestari Pada Diri". jika anda perasan, apa yang kami paparkan dalam papan notis board tersebut merupakan replika 'televisyen'.

cermin yang dihias...

Cikgu Asmaliza dan Cikgu Denensse memulakan proses menghias menggunakan BBM yang pernah digunakan dahulu bagi memenuhkan ruang papan notis.



Cikgu Shima sibuk menggunting.


papan notis kami yang hampir siap....


TAADAAA... hasil kerjasama rakan sekelas... :-D

ucapan terima kasih penulis ingin ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam melaksanakan program Lestari ini terutamanya buat penganjur program, rakan-rakan guru pelatih dan pensyarah yang telah bertungkus lumus dalam memastikan program IPG Lestari terlaksana. buat pengetahuan semua pembaca, syukur alhamdullilah kelas kami, Opsyen Pemulihan Januari 2011 telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Papan Notis Lestari. selain itu, penyertaan lain pula adalah seperti E-race dan Blog Lestari (blog ini). Syukur yang tidak terhingga kerana kami mengondol tiga tempat pertama dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan dalam usaha kami ini. 

Sekian,
Salam Lestari.


Wednesday, April 25, 2012

7 Dangerous acts after a meal

1. Don’t smoke ---- Experiments from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).


2. Don’t eat fruits immediately --- Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Thre fore take fruits 1 -2 hours after meal or 1 hour before meal.


3. Don’t drink tea------ Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the protein content in the food we consume to be hundred thus difficult to digest.\


4. Don’t loosen your belt---------- Loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked.


5. Don’t bathe---------- ------- Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease, this will weaken the digestive system in our stomach.


6. Don’t walk about---------- --- People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.


7. Don’t sleep immediately---- -------- The food we intake will not be to digest properly. Thus will lead to gastric and infection in our intestine.


Kempen dan Pameran Amalan Education for International Understanding Edu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini. 


Hari ini 25 April 2012 (Rabu), salah satu opsyen di IPG Kampus Tawau iaitu PISMP Pengajian Sosial Januari 2011 telah melancarkan satu Kempen dan Pameran Amalan Education For International Understanding Edu. Bagi menunjukkan sokongan padu kami ke arah IPG Lestari, kami (PISMP Pemulihan Januari 2011) telah berkunjung ke pameran ini.
Ini adalah poster kempen yang disediakan oleh guru pelatih dari opsyen PISMP Pengajian Sosial Januari 2011. 


Berikut merupakan wajah-wajah guru pelatih sepanjang kempen ini.

Pihak penganjur memakai bow-tie yang diperbuat daripada surat khabar. Sungguh kreatif!


Wajah-wajah ceria guru-guru pelatih sepanjang kempen.

Paparan-paparan maklumat yang berinfomasi turut dipamerkan.

Punca pencemaran udara.



antara  wakil kelas dari Opsyen PISMP Pemulihan, Mohd Zakiran yang menandatangani Kad 'Keep Green'.

inilah Nicholas Amid jurugambar rasmi blog 'Lestari' ini. Turut menandatangani kad 'Keep Green'.

Infomasi yang dipaparkan amat menarik perhatian pengunjung ke kempen ini. 

turut memberikan sokongan dalam kempen ini, Amirah dan Denensse. 

serba sedikit penerangan yang diberikan oleh pihak penganjur mengenai 'Lestari'.

tidak lupa juga untuk menandatangani Kad 'Go Green'



Kami juga mengambil peluang dan kesempatan tersebut untuk turut menyertai aktiviti yang dijalankan. Apakah yang kami cuba reka daripada bahan terbuang tersebut?

Antara gelagat-gelagat ahli kelas PISMP Pemulihan Januari 2011.



Nampaknya, para guru pelatih khusyuk dalam mereka kraftangan ini.

Berikut merupakan kraf tangan yang kami reka menggunakan bahan terbuang.


Comel kan? Apa kata anda? Ayuh kita praktikkan 'Reuse' dalam Lestari!

Tunjukkan sokongan anda juga! Salam lestari kepada semua pembaca blog ini. Jangan lupa singgah lagi untuk entry yang akan datang. 


Thursday, April 19, 2012

Kitar Semula

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini.

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.




MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang diami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak. 


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. 


KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang. 

Jom Jimat Air

Sebelum ini kami membincangkan mengenai langkah-langkah penjimatan tenaga. Kali ini kami akan memberikan lagi satu langkah-langkah penjimatan tenaga iaitu penjimatan penggunaan air. Kadar penggunaan air di kampus kita pada hari ini adalah sangat banyak berikutan keluasan kampus dan peningkatan jumlah pengguna air di kampus seperti penghuni kolej kediaman, penghuni kediaman staf, food court dan bangunan pentabiran serta bangunan akademik. So, sebagai telah menjadi tanggunjawab bagi setiap residents membantu menjmatkan penggunaan air bagi membantu pihak pentadbiran mengurus penggunaan air dan mengelakkan berlakunya pembaziran air. Disni ada beberapa langkah mudah untuk dipraktikkan dalam langkah penjimatan;

TANDAS  
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.

2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.

3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI

4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.

5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.

6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun. 

SINKI

7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.

8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.

TAMAN

9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.

10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.

11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.

12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.

14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.

15. Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.

16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.

17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman. 

DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.

19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.

20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir

22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja. 

GARAJ

23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.

24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya. 

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.

25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.

26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.

28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.

29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.

30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.


# Mudah sahaja kan. Selamat beramal dan berjimat. :)

10 Langkah Penjimatan Tenaga

Selain berjimat cermat dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu dijimatkan. Tenaga yang dimaksudkan di sini bukanlah kudrat anda. Tapi, penggunaan tenaga baik di institut kita ini. Kali ini kami ingin berkongsi mengenai 10 langkah penjimatan tenaga bagi membina pembangunan lestari yang mampan disini. 

1. Jika anda berhajat memasang penyaman udara, pastikan anda pilih saiz yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda menggunakannya secara lebih efisien serta tidak membazirkan tenaga.

2. Sila set kawalan kipas penyaman udara daripada "auto" kepada "on". Ia kerana pengaliran udara yang sekata penting untuk menstabilkan suhu bilik.

3. Tetapkan suhu penyaman udara antara 24 - 26 darjah Celsius (C). Kalau terasa panas sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika cuaca redup atau hujan, boleh set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat, tak payahlah "on" ketika hujan.

4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.

5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas air.
6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun kolam.

7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.

8. Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan penggunaan pengering mesin basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Ini kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.

9. Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah selesai menggunakannya. Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan menyerap tenaga walaupun suisnya dah dipadamkan.

10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam bangunan.
Itulah langkah-langkah mudah yang boleh kita lakukan bagi menjimatkan penggunaan tenaga di kampus kita. 


Saturday, March 31, 2012

Cara Buat Balang Bercahaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini.

Hari ini kami ingin berkongsi idea macam mana hendak buat Balang Bercahaya {Glow in Dar}. Boleh dibuat semasa Earth Hour nanti.







Mudah sahaja kan. Selamat mencuba. :)