Pages

Subscribe:

Saturday, March 31, 2012

Cara Buat Balang Bercahaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini.

Hari ini kami ingin berkongsi idea macam mana hendak buat Balang Bercahaya {Glow in Dar}. Boleh dibuat semasa Earth Hour nanti.







Mudah sahaja kan. Selamat mencuba. :)

Sahut Seruan Earth Hour 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia buat semua pembaca blog ini.

Kempen Earth Hour 2012 dan Sejarah Penubuhan Earth Hour
Kempen Earth Hour kembali lagi untuk tahun 2012 ini. Inisiatif sukarela global ini menjemput semua orang tak kira sama ada orang perseorangan, entiti perniagaan, kerajaan serta pelbagai komuniti untuk turut terlibat bagi menjayakan kempen ini.
Earth Hour akan bermula selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 31 Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.


Untuk menyokong kempen ini pengguna dikehendaki mematikan lampu serta peralatan elektrik yang lain selama sejam. Apa lagi, jom la ramai-ramai menggelapkan seluruh rumah dengan menetup segala jenis lampu bagi menjayakan kempen ini. Agak-agak korang lampu kereta atas jalan raya tu turut bergelap tak?
Sejarah Earth Hour
Sejarah Earth Hour bermula ada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 premis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.
Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turut serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ’mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.
Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, ianya diharap dapat menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.

Wednesday, March 7, 2012

Program Ceramah Lestari

Salam lestari dan salam 1 Malaysia.
Satu program ceramah daripada wakil WWF (World Wild Federation) telah diadakan pada 6 Mac 2012 iaitu pada hari Selasa.





Timbalan Pengarah IPG Tawau, Dr. Haji Mohamad Johan Bin Zakaria turut serta dalam program ceramah mengenai "Lestari" ini.



wakil daripada WWF memberi serba sedikit penerangan mengenai lestari di sekolah dan lestari di IPG. terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan kelestarian di institusi pendidikan seperti di sekolah dan juga IPG.

Timbalan Pengarah IPG Tawau memberi ucapan sebagai penutupan program ceramah "Lestari".


wakil daripada WWF menerima cenderamata daripada pihak IPG Tawau.

Program ceramah ini merupakan salah satu langkah awal untuk memberi kefahaman kepada semua guru pelatih mengenai "Lestari". Jika orang di luar negara beriya-iya dan menjalankan pelbagai usaha bagi menjaga alam sekitar, kenapa tidak di negara kita yang kaya dengan khazanah alam yang membuatkan pelancong luar negara kagum dengan kehijauan alam?

Marilah kita bersama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam salah satu usaha WWF ini.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.